Friday, November 19, 2004

Terasa Sengal

Ermmm... Tataw camner nak cakap atau gambarkan kebosanan ini. Harini aku buat lawak bodoh giler. Datang opis tapi tak punch pon. Kira datang amal jariah la nih. Hehehe... Kira cuti la tapi masa dihabiskan di opis. Aku pon tataw ape punyer sengal la harini. Kalau punch dah dapat kejer satu hari. Tapi aku bukan buat apa pon. Dari datang sampai balik asik dolod mp3 jer. Hahaha... Bosan la duk rumah sorang-sorang. Family takde, kawan-kawan takde, orang tersayang pon takde. Semua masih kat kampung berehat dengan keluarga dan berhari raya. Aku plak macam tunggul lepak rumah mengadap siling sampai lebam. Adusss... Sedihnyer... Sunyi jer rasa. Sunyi sangat-sangat. Sedih la sungguh... Arghhhh!!!

Wednesday, November 17, 2004

Kebosanan Melampau

Isk isk isk... Pagi tadi aku baru jer sampai dari Kelantan. Rehat kejap terus masuk kejer tengah hari. Letih wooo... Dah la dalam train takleh tido. Sejuk giler. Sampai opis lak, kena kejer sorang-sorang. Menggatai sangat nak kejer. Padan muke. Orang lain relek jer tengah cuti. Hehehe... Konon jimat cuti tahunan la tuh. Hambik ko. Arghhhh!!! Busan seh!!!

Wednesday, November 10, 2004

Hari Raya Aidilfitri

Ehem... Tetiba jer puase sebulan dah nak abis. Rase kejap jer... Dah nak raya la pulok. Lepas ni akan kelihatanlah kembalinya para syaitan ke dunia selepas sebulan dirantai di neraka. Tapi macam takde beza pun. Sebab perangai manusia pon lebih kurang jer masa syaitan kena rantai sebulan... Aku bukan nak mengata kat sape-sape la sebab aku sendiri pon perangai teruk juge. Tapi itu lah kite. Manusia yang tak pernah lari dari kesilapan. So, maknanya aku ada buat silap la kan. Jadi, maafkan lah semua salah silap aku kat korang semua. Seikhlasnye dari hati aku, aku tak pernah terniat pon untuk menyakiti hati sape-sape sekalipun. Seandainya ada yang sakit hati jugak, sorry ok... Maybe aku tak perasan atau tak sengaja. Maaf atas segala keterlanjuran... Pada semua kawan-kawan aku, relek ok. Aku dah maafkan semua salah silap korang pada aku. And aku nak mintak halalkan apa yang aku termakan dan terminum sekiranya makanan atau minuman itu adalah hak korang. Semoga dengan kedatangan Aidilfitri ini akan merapatkan lagi hubungan kita semua sesama Islam. Yang selalu rajin sangat bersembahyang sunat atau melakukan amalan-amalan sunat yang lain dalam bulan-bulan Ramadhan tu, terus-teruskan lah amalan tu di bulan-bulan yang lain. Jangan la bila tinggalkan Ramadhan, abis tinggal semuanya. Ok lah... Tu jer dulu untuk kali ni. Last sekali... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Friday, November 05, 2004

E-Cards

Hehehe... Sekarang nih aku dah update e-cards section aku tuh. So kengkawan, kad raya pon ada tuh. Rajin-rajinkanlah tangan tu nak menghantar kad raya elektronik kat kawan-kawan korang. Bukan kena bayar pon. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Hahaha... Selamat menyambut kedatangan Syawal.

Wednesday, November 03, 2004

Buttonku Yang Bermata

Akakaka... Akhirnye siap jugak button-button ku yang comel itu. Walaupun ia comel, tapi skek pun bukan aku yang buat. Hahaha... Terima kasih lagi ler madOsh a.k.a yOrra. Asik menyusahkan anda jer gue nih. Dia buatkan 5 design untuk aku tapi letak dua dah la kat situ. Takkan nak bubuh semua kot kan madOsh... Huhuhu... Tapi semua pon ok design dia. Gambar yang sama cuma font berbeza dan kaler dia lain-lain skek. Terima kasih bebanyak yer... Lain kali buat lagi. Hehehe... Gambar lain pulok yer... Dengan tak malunyer aku meminta pertolongan. Hahaha... Bulan-bulan puasa nih elok tau tolong orang. Akakaka...