Wednesday, November 10, 2004

Hari Raya Aidilfitri

Ehem... Tetiba jer puase sebulan dah nak abis. Rase kejap jer... Dah nak raya la pulok. Lepas ni akan kelihatanlah kembalinya para syaitan ke dunia selepas sebulan dirantai di neraka. Tapi macam takde beza pun. Sebab perangai manusia pon lebih kurang jer masa syaitan kena rantai sebulan... Aku bukan nak mengata kat sape-sape la sebab aku sendiri pon perangai teruk juge. Tapi itu lah kite. Manusia yang tak pernah lari dari kesilapan. So, maknanya aku ada buat silap la kan. Jadi, maafkan lah semua salah silap aku kat korang semua. Seikhlasnye dari hati aku, aku tak pernah terniat pon untuk menyakiti hati sape-sape sekalipun. Seandainya ada yang sakit hati jugak, sorry ok... Maybe aku tak perasan atau tak sengaja. Maaf atas segala keterlanjuran... Pada semua kawan-kawan aku, relek ok. Aku dah maafkan semua salah silap korang pada aku. And aku nak mintak halalkan apa yang aku termakan dan terminum sekiranya makanan atau minuman itu adalah hak korang. Semoga dengan kedatangan Aidilfitri ini akan merapatkan lagi hubungan kita semua sesama Islam. Yang selalu rajin sangat bersembahyang sunat atau melakukan amalan-amalan sunat yang lain dalam bulan-bulan Ramadhan tu, terus-teruskan lah amalan tu di bulan-bulan yang lain. Jangan la bila tinggalkan Ramadhan, abis tinggal semuanya. Ok lah... Tu jer dulu untuk kali ni. Last sekali... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home