Thursday, September 03, 2009

Gila ahhh...

Asik-asik lupa password jer aku nih. Last posting ialah pada tahun lepas dan posting sebelumnya bertarikh pada setahun sebelum itu. Gila... Punya la malas. Satu tahun satu posting ja. Kekekeke... Kenapa la aku selalu sangat lupa password. Isk... Harap-harap lepas nih aku akan menjadi lebih rajin untuk update blog dan tak lupa password lagi. Hehehehe...

Thursday, August 28, 2008

Sekian lama...

Punya la lama aku tak update. Aku lupa password lah... Last post cuma nak cakap aku dah nak kawen. Sekali post baru, aku dah kawen dah pun dan dah ada anak dah. Fuhhh... Berapa lama tak posting daaa... Nanti ada masa aku update lah. Siap buh gambar... Bila tu tataw la... Hehehehe... Ok lah... Nanti sambung lagi...

Tuesday, June 19, 2007

Erm...

Sedar tak sedar dah tinggal cuma dua bulan sahaja lagi untuk sampai ke tarikh perkahwinan aku. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Banyak lagi persediaan yang masih belum lengkap. Tapi aku bersyukur sebab ada jugak orang yang sudi menyayangi dan berkahwin dengan aku. Hehehe... Cam pelik jer bunyi ayat tu. Ape sekali pun, rasa happy sangat. Dah kawen nanti kami akan duduk di rumah sendiri. Barang-barang dan perabot pun dah beli serba sedikit. Macam best la pulak. Hehehe... Erm... Sebenarnya aku pun tak tau nak post apa kat sini. Tangan je tetiba gatal nak menaip. Baca jer la ek... Nanti aku kawen korang datang la (ade ke orang baca blog aku neh?). Tarikhnya ialah pada 19hb Ogos 2007 (yang ni tarikh untuk kenduri kat umah aku). Bawak la hadiah best-best skek. Hahahaha...

Minat baruku...

Hah... Tetiba lak aku dah ada minat baru. Apa dia? Hehehe... Memancing... Semua ni salah abang aku. Dia yang meracun aku sampai aku dah gian lak memancing. Jahat punya abang. Hehehehe... Boleh dikatakan hampir setiap minggu la aku gi manceng nih. Hasil? Hahaha... Tak seberapa la. Tapi syukur la jugak. Rezeki tu Allah dah kasi banyak tu. Terima je la. Dan dari memancing tu aku kenal ramai kawan baru yang berkongsi minat yang sama. Alhamdulillah walaupun aku masih baru dan tak pandai mana pun manceng nih, mereka tetap leh terima aku dan sudi ajar serba sedikit mengenai dunia memancing nih. Tak dinafikan la ada segelintir yang sombong. Tapi tu semua lumrah la. Kat mana-mana pun ada. So, sapa-sapa yang nak manceng tu, jangan lupa ajak aku. Hahahaha...

Wednesday, March 07, 2007

Hah!!!

Lama gila aku tak post apa-apa kat sini. Maybe sebab terlalu bz (konon) atau memang dah takde benda nak ditulis. Maklum lah... Aku ni bukan seorang penulis. Kang kalau aku pos kang, macam pendek sangat pulok. So, sebaik-baiknya adalah aku senyap jer (sebenarnya aku dah agak lama terlupa yang aku ada blog page... hahahaha...). Erm... Apa plak yang aku nak tulis kali ni ek? Oh yer. Alang-alang dah menulis nih, biar lah aku umumkan yang pada 17hb Februari 2007 yang lepas, aku telah berjaya (boleh pakai ke perkataan berjaya nih? adedeh...) bertunang. Hehehe... Dengan sapa? Mesti la dengan tunang aku. Takkan dengan tunang korang plak. Hahaha... So, blog kat bawah ni boleh la dibuat-buat tak nampak jer. Atau lebih baik kalau jangan baca. Benda lama harus dilupakan. Lupus... Buang... Jangan nak ungkit-ungkit dah. Erm... Apa lagi aku nak umumkan ek? Hantaran berapa? Hahaha... Tak payah la korang tau. Kira murah skek jer (skek ke banyak???) dari Siti Nurhaliza Misbun tuh. Muahaha... So, sila berikan tepukan pada aku... Hahaha... Tahniah pun kira ok la. Kalau lagi baik kasi hadiah. Hahaha... Nanti bila aku nak kawen nanti aku jemput la korang semua datang makan nasi minyak. Tapi rasa macam malas plak nak buat nasi minyak. Minyak dah mahal la sekarang... Aku buat "ala-carte" je lah. Atau dalam nama panjangnya, "ala-carte-dar". Pronounce camner? Hahaha... "ala-kadar"... Hahahaha... Arghhh... Ape-ape jer lah... Nanti aku post lagi. Dah tataw dah nak mengarut apa lagi. Mencarut boleh la. Hehehe... Tapi kurang sopan la plak kan... So, jumpa lagi lain kali... Tata.

Thursday, June 08, 2006

Maafkan Diriku

Sayang... Mungkin diri ini tidak layak untuk menuturkan apa-apa ungkapan sekalipun padamu. Aku tahu aku bersalah padamu. Mungkin salah yang takkan dapat dimaafkan olehmu. Diri ini mungkin bukan insan sempurna untukmu dan pastinya bukan insan yang terbaik untuk dirimu. Dirimu terlalu sempurna buatku. Mungkin disebabkan itulah diri ini terlalu menjaga dirimu sehingga membuatkan dirimu berasa bosan dan terkongkong. Maafkan diri ini, Sayang. Aku tidak dapat menyampaikan dengan baik tentang perasaanku padamu. Selama ini diriku mungkin tidak pernah melayan dirimu mengikut kehendak dan keperluanmu. Ku tahu betapa lemahnya diri ini untuk menjadi seorang yang sempurna buatmu. Tapi dengarlah ungkapan luahan dariku yang tidak pernah sekalipun kuluahkan pada mana-mana insan lain sebelum ini. "Mungkin kata-kata sayang dariku begitu murah nilainya padamu tetapi ketahuilah sesungguhnya diri ini amat menyintai dirimu. Sayang, aku terlalu cintakanmu. Melainkan cintaku pada Allah dan RasulNya serta pada ahli keluargaku, cinta ini hanyalah milikmu." Aku tidak memaksa dirimu untuk mempercayainya namun ungkapan yang tidak pernah kuluahkan pada sesiapapun sebelum ini telah kuluahkan padamu dengan ikhlas dan sepenuh hati. Mungkin ada insan-insan lain yang pernah wujud dalam duniaku namun diri ini tidak pernah menyintai dan menyayangi insan lain sepertimana diri ini menyintaimu. Memang diri ini bersalah, namun cinta ini bukanlah sebuah dusta. Ia adalah sebuah perasaan yang tulus ikhlas, hanya lahir untuk dirimu. Andai dirimu tidak dapat menerimaku lagi, aku akan sentiasa doakan agar kebahagiaan itu milikmu. Semoga Allah akan memberikan kegembiraan pada dirimu. Mungkin aku tidak pernah menunjukkan rasa sedihku di depanmu. Mungkin dirimu juga tidak pernah mahu untuk melihatnya. Tapi sesungguhnya kehilanganmu merupakan kehilangan terbesar buatku. Maafkan segala salahku padamu. Biarpun dirimu akan membenci diriku selepas ini, aku tetap akan menyayangi dan mencintaimu walaupun hanya dari jauh. Tidak pernah diriku memaksa dirimu untuk kembali padaku kerana dirimu berhak untuk mendapatkan yang lebih baik untukmu. Cuma diri ini berharap agar dirimu akan menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Walaupun diri ini tidak layak untuk menasihatimu, aku tetap akan mengambil berat tentang dirimu. Jaga sembahyangmu biar dimana berada. Aku terlalu menyintaimu, Sayangku, Suhada...

Thursday, February 02, 2006

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Hahahaha... Panjang nyer cuti... Nasib baik la tak kejer KL. Kalau tak, dapat cuti lagi satu hari. Sambung esok dapat direct sembilan hari... Wahhh... Dengki sungguh. Huhuhuhu... Rindunyer la kat awek aku sorang nih... Eh... Lari topik... Huhuhu... So, Selamat menyambut Maal Hijrah untuk semua kawan-kawan...