Family Day
Beberapa hari lalu (13 - 16 Januari 2005) aku ikut jabatan aku pi family day kat Langkawi. Aku pun tataw nak citer apa pasal Langkawi tapi seronok ler juge. Tapi rindu sangat kat awekku sebab susah nak talipon dia. But I'm really happy sebab dapat membawa sedikit buah tangan untuk dia dan keluarga aku. Errr... Ape la punya posting kali ni. Tak menarik langsung... Erm... Masa family day haritu, aku masuk pertandingan makan. Boleh bayangkan ke orang badan cam aku masuk pertandingan makan??? Kompom la tak menang. Tapi perut kenyang. Hahahaha... Nasib baik la sukaneka yang lain ada gak menang sikit-sikit. Huhuhu... Penat!!! Erm... Sebelum terlupe... Aku telah membotakkan kepalaku yang sebelum ini berambut panjang dan cantik (muahahaha...) pada 24 Januari 2005 kerana bakal bos baru aku adalah seorang yang amat cerewet!!! Warghhhh!!! Menyampah!!! Semua orang gelakkan aku tapi awek aku kata aku nampak comel (walaupun dia pun gelakkan aku sebenarnya). Aku tak pasti apakah maksud pujian dalam ketawa itu... Ceh... Kesian aku jadi bahan gelak. Nasib baik la aku masih comel seperti dulu. Hahahaha...