Saturday, October 30, 2004

The Beach Boys - Wouldn't It Be Nice

Wouldn't it be nice if we were older
Then we wouldn't have to wait so long
And wouldn't it be nice to live together
In the kind of world where we belong

You know it's gonna make it that much better
When we can say goodnight and stay together

Wouldn't it be nice if we could wake up
In the morning when the day is new
And after having spent the day together
Hold each other close the whole night through

Happy times together we've been spending
I wish that every kiss was neverending
Wouldn't it be nice

Maybe if we think and wish and hope and pray it might come true
Baby then there wouldn't be a single thing we couldn't do

We could be married
And then we'd be happy
Wouldn't it be nice

You know it seems the more we talk about it
It only makes it worse to live without it
But lets talk about it
Wouldn't it be nice

Penin

Aiyark!!! Buntu sungguh la sekarang. Langsung takde idea nak posting. Tau nak dating jer. Akakaka... Minggu nih aku agak busy skek ngan kejer mendolod mp3's dan video clips band-band metal dari internet. Kejer opis pun banyak gak. Kira buat dua benda dalam satu masa la. Ala... Dolod mp3's ngan video clips tu bukan kena kasi tumpuan pon. So, tak kisah la kan. Arghhh... Ape aku nak tulis lagi nih... Blank dah ni... Stop jer la.

Thursday, October 28, 2004

Wasiat Seorang Tua

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung... Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So, suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit. Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din. Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk membaca wasiat dari nenek tersebut. Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isinya ialah... "Din... kau janganlah berdiri atas wayar oksigen aku tu".

Tuesday, October 26, 2004

Boring

Warghhh!!! Tadi baru jer amik exam perkhidmatan. Exam nih kalo tak lulus takleh sah jawatan wooo… Ni dah masuk kali kedua aku amik. Exam nih ada dua kali jer setahun. Harap-harap buleh lulus la kali nih. Malas wooo nak amik banyak-banyak kali. Tapi paper kali nih punye la susah. Ntahhapehapentah soklan dia. Adusss… Kawan-kawan… Please doakan kejayaan aku nih… Penin dah nih.

Thursday, October 21, 2004

Secebis Pedoman

*Artikel ini telah dipetik dari program Motivasi Pagi TV3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood. Disusun semula oleh seorang sahabat. Semoga ia boleh dijadikan sebagai pedoman untuk kita yang sering terlalai.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah S.A.W dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah S.A.W menegurnya, "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?". Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya. "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini", balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku". Rasulullah S.A.W mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata". Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama". Lalu dijawab oleh ayahnya, sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah S.W.T dari memberi walau setitik air pun kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. "Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah". Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah S.A.W kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah S.A.W lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. InsyaAllah".

Friday, October 15, 2004

Selamat Berpuasa

Erm... Harini merupakan hari pertama dalam bulan Ramadhan. So, kira berpuasa la aku harini. Tapi tak rasa macam puasa pun. Agaknya baru hari pertama kot. Badan segar je lagi. Tak pun aku nih memang seorang yang kuat!!! Muahahahaha... Erm... Tunggu la bila dah puasa lama sikit. Hehehe... Tapi aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk penuhkan puasa tahun ini. Tapi tiba-tiba aku rasa ngantuk la pulok. Jap lagi nak pegi sembahyang Jumaat pulak. Erm... So, kat sini aku nak ucapkan selamat berpuasa pada semua. Perbanyakkanlah amal ibadat kita dalam bulan ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan kebaikan daripada Allah Yang Maha Esa dalam bulan Ramadhan ini. InsyaAllah... Erm... Petang ni nak pegi pasar Ramadhan yang mana satu ek? Kat Bangi nih banyak sangat pasar Ramadhan. Hehehehe... Pikir makan la pulok...

Thursday, October 14, 2004

Meeting

Erm... Baru abis meeting pulok. Tapi still tak dapat-dapat keputusan muktamad. Apo la punyer meeting. Meeting dah banyak kali tapi still macam tuh gak. Buat penat jer. Isk isk isk... Lame-lame sangat meeting pun buleh penin gak paler wooo... Nasib baik la ade makan free. Miahahaha... Tu jer la kelebihan meeting nih. Ekekeke... Baik dating lagik best. Hahaha...

Monday, October 11, 2004

Arghhh!!! Sakit tengkuk la pulok

Isk isk isk… Sakitnyer tengkuk aku nih. Nak gerak pun seksa. Ni semua pasal pegi gig kat Seremban (9/10/04) la nih. Dah lama tak headbang tetiba terasa macam nak headbang pulak. Mengade-ngade sangat. Hah! Kan dah sakit. Abis sampai satu badan sakit. Dah masuk hari kedua lepas gig pon masih sakit lagi. Arghhhh!!! Nak buat kejer pon susah. Tolong aku!!!

Are You Damned?

This is the result of "Are You Damned?" test that I've answered. Heh! Am I going to hell???

Hell!!!
You have been naughty. You are the sort of person who used to pull off the wings and legs of flies when you were a child, and giggle at the black speck that remained. Evil is written right through you like 'Blackpool' through a stick of rock. You malingering deviant. Prepare for eternal damnation. You deserve it!!!

Hell
Are You Damned?
Brought to you by Rum and Monkey

Friday, October 08, 2004

Hari yang membusankan

Erm... busan betul la harinih... nak post tak tau dah ape yang nak diposkan. Ni pon bersemangat pos giler-giler maybe sebab benda ni baru lagi kot. Bila dah busan kang mula la senyap jer. Miahaha... Tapi tak pa... aku akan post banyak-banyak sampai lebam... Nak edit page nih tak reti. Pembantu yang terer tu tak ade la pulok. Huhuhu... Takpo lah... Lain kali boleh mengarut lagik. Mesti busan orang baca page aku nih. Ish ish ish... Sowwy geng!!!

Membebel seorang diri

Wohhh!!! Setelah 3 hari page ini dibuat, cik madOsh sekali lagik telah membantu dengan ikhlasnyer untuk menyantikkan lagi page ini (walaupon belum cantik sangat). Ehehehe… Tenkiu very much. Sekarang dah ada shoutbox la plak. Lepas ni boleh la tinggalkan mesej kat situ. Nak sembang-sembang ker… Tulih jer. Takde sapa pon nak marah. Kalau boleh kasi la komen sekali. Buat masa nih memang page tu simple la sesangat lagik. Biasa la… baru 3 hari… Ape lagi nak cakap ek? Erm… Lepas nih boleh la cik madOsh tolong lagik ek? Apa lak yang nak dibubuh kat sini lepas ni yer? Akakaka…

Thursday, October 07, 2004

Sebuah Kisah Cinta Biasa

Petikan dari Majalah PARAS - Oktober 2004
Suami saya adalah seorang jurutera dan saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai merasa letih, lelah… alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?", Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan…". Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apa lagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?". Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu Abang akan mati, apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?". Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok…". Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... "Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya…". Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut". "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang". "Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah". "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu". "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami". "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu". "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu". "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang". "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti". "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki dan mata Abang tidak cukup bagi Siti, Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti…". Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti". "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia…". Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata, "Korang nampak kampung kat seberang bukit itu?". Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak…". Satu kampung tu itu... habiisss aku kerjakan!!!". Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda tu. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Korang nampak bandar tu ?", katanya dengan muka yg kerek. "Iya, nampak…", yang dua tu ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram, "ha ha ha ha". Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang cam kilat. Amatlah terperanjatnya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "Gila ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power!!!". Sambil mengosok-gosok idung nya pontianak tu pun berkata, "Korang nampak tembok batu tu?". "Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... Pontianak yang terakhir itu pun berkata, "Err… tadi aku tak nampak".

Wednesday, October 06, 2004

Tenkiu cik madOsh

Hehehe... Kalau takde pertolongan dia nih, abis la tak jalan ape pon menatang nih. Nasib baik la ada yang sudi membantu. Tapi dia memang kena bertanggungjawab terhadap perkara ini. Dia telah menghasut untuk menggunakan laman ini. Miahaha... Jadi dia kena tolong!!! Keh keh keh... Jangan marah yer cik madOsh. Nanti tak comey dah. Anyway, thanx a lot. Segala pertolonganmu amat dihargai... Lain kali tolong lagi ek. Hehehe... Thanx for everything.